PULAU PANGKOR ZON BEBAS CUKAI

Pulau Pangkor akan dijadikan destinasi baharu zon bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pusat peranginan di perairan Perak ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan turut memperuntukan kemudahan bebas cukai kepada pengusaha kedai di Pelabuhan Swettenham, dekat Pulau Pinang.

Katanya, langkah itu bagi bagi menggalakan sektor pelancongan kapal persiaran di Pulau Mutiara itu, sekali gus menjana pendapatan tambahan kepada ekonomi negara.



Pangkor Island Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor
 
Taraf Pulau Langkawi sebagai zon bebas cukai juga akan di perkembangkan  kata nya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera' di dewan Rakyat, hari ini

Guan Eng ketika mengumumkan insiatif mempergiat industri pelancongan itu berkata, industri berkenaan menyumbang 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Rm201.4 bilion pada 2017.

Memandangkan kepentingan sektor itu dalam menjana hasil mata wang asing, beliau berkata, kerajaan akan memberi tumpuan sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong membabitkan sumbangan Rm100 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2020.

 Untuk menyokong hasrat ini, geran berjumlah Rm100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa bagi meningkatkan jumlah ketibaan pelancong, kata nya.

Sumber:Berita HarianJumaat, 2 November 2018



Tiada ulasan:

Catat Ulasan