PENGANGKUTAN DI PANGKOR

PULAU PANGKOR

PERKHIDMATAN FERI
Perkhidmatan Fery bermula 6:30 pagi hingga 8:30 malam dan jadual perjalanan lebih kurang setiap 45 minit. Masa diambil lebih kurang 30 minit untuk sampai ke jeti Pangkor.

Untuk ke Pangkor, Anda ada dua pilihan samada menerusi jeti di Lumut atau menggunakan jeti Marina Bay di Teluk Muruh. Tambang nya adalah sama dan kelebihan di Teluk Muruh adalah lebih dekat, hanya mengambil masa sekitar 15 minit saja untuk sampai ke Pangkor. Begitu juga tempat pakir kenderaan yang mudah dan selamat.Selain itu jeti di Marina Bay ini beroperasi sehingga pukul 10:45pm (ada bayaran tambahan dikenakan selepas 8:30pm)


Kadar tambang (pergi balik) seperti berikut:-      
Dewasa:          Rm 14.00
Kanak kanak:  Rm  5.00                                            
                                                                                   
Untuk keterangan dan maklumat, anda boleh
berhubung dengan syarikat pengendali
feri di Lumut.

MESRA FERI
PT 4136, Jalan Sultan Idris Shah,
32200, Lumut Perak
Duta fery
Tel: 05 6835805

DUTA FERI
Lot 4139, Tingkat Bawah,
Jalan Sultan Yusuf Izzudin.
32200, Lumut Perak
05 6804700

        








                                                                                                         

TEKSI                                                        
Teksi di Pangkor menggunakan Van sebagai teksi. Ia dapat memuatkan seramai 10 orang. Antara perkhidmatan teksi di sini ialah membawa penumpang ke destinasi yang di pinta dan juga lawatan mengeliling pulau. Kadar sewaanya mengikut jauhnya tempat yang dituju dan jumlah penumpang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
05 6852073 - stesyen teksi Teluk Nipah.
05 6851397 - stesyen teksi Pangkor

BAS MINI
Untuk mereka yang berkumpulan (group) di Pangkor terdapat
perkhidmatan bas sekolah yang dapat digunakan untuk
pengangkutan dari jeti Pangkor ke Chalet.
Diantara kelebihan menggunakan Bas ini ialah kumpulan anda
Boleh membawa penumpang serentak
dapat dibawa serentak kedestinasi penginapan. Ia juga boleh di
gunakan untuk aktiviti lawatan mengelilingi Pulau.
Kapasiti untuk bas ini diantara 25 ke 30 orang.


Sila hubungu En. Bakar 013 4578842 untuk tempahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan